Monday, December 29, 2008

Selamat Tahun Baru 1430H


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 1430H kepada semua pengunjung blog ini...Semoga tahun baru ini memberikan kita nafas baru dan semangat juang tinggi di dalam perjuangan cita-cita kita...

Kepada semua ahli Pemangkin, Tahun baru ini menjanjikan pelbagai cabaran kepada kita semua...Kerjasama di dalam satu jemaah Pemangkin akan membolehkan Pemangkin berjaya mengatasi semua halangan dan mendapat kemudahan di dalam kerja dakwah yang dirancang secara kolektif...Semoga kita sentiasa Istiqamah dan kekal muda dengan semangat perjuangan menghasilkan benih-benih yang akan memberikan buah manis dan enak untuk dijamah oleh generasi mendatang...Insya Allah..Amin.

* Kalau kita tidak mencari sesuatu, maka kita tidak dapat menemui sesuatu pun...




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



MAAL HIJRAH

First Muharam is the beginning
Of the year of Hijrah Muslim Year
Hijrah of the prophet and Muslimin
From Mecca city to Madinah city

Full of confidence and spiritualness
The Muhajirin and Ansar clans unite
Forever willing full of sacrifice
Solely of the love of Islam

Hijrah is sacrifice
Hijrah is strengthteness
Hijrah is relativeness
Hijrah is togetherness

Come one and come all
Let’s celebrate Maal Hijrah
Instil courage and build up Syiar Islam
For All eternity....

Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha 1429H / 2008M




Setiap tahun pada 10 Zulhijah,kita semua akan menyambut Hari Raya Aidiladha ataupun Hari Raya Korban...Kita digalakkan berkorban binatang ternakan sebagai manifestasi daripada ketulusan dan keikhlasan hati, mematuhi suruhan dan perintah Allah S.W.T. dan mencontohi keperibadian Nabi Ibrahim A.S. di dalam mengorbankan insan yang paling dicintai, Nabi Ismail A.S.


Pengorbanan adalah suatu perkataan yang amat dekat dan rapat dengan sesuatu perjuangan. Tanpa pergorbanan, tidak ada maknanya perjuangan yang kita lakukan. Dan tanpa perjuangan, tidak mungkin ada sebuah pengorbanan. Kedua-duanya amat penting dan seiring sejalan bilamana kita memperkatakan tentang perjuangan dan pengorbanan...




Semoga Hari Raya Korban 1429H kali ini membawa makna dan erti yang besar di dalam kehidupan kita. Juga di dalam perjuangan Pemangkin untuk mencapai visi dan misi perjuangannya...

Selamat Menyambut Aidiladha 1429H dengan meriah dan penuh kesederhanaan....

Berkorban Apa Saja

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
hmm... hmm... hmm...

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia...

Tuesday, December 2, 2008

Memperkasakan PEMANGKIN - Tanggungjawab Siapa?



Apa pendapat anda bila kita membicarakan bagaimana kita hendak memperkasakan Pemangkin? Tanggungjawab siapa? Perlu dan pentingkah untuk kita memperkasakan Pemangkin? Saya mengharapkan pendapat dan komen daripada anda semua untuk kebaikan kepada Pemangkin....

"Kotornya hidup berjemaah adalah lebih baik dari jernihnya hidup bersendirian"