Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha 1429H / 2008M




Setiap tahun pada 10 Zulhijah,kita semua akan menyambut Hari Raya Aidiladha ataupun Hari Raya Korban...Kita digalakkan berkorban binatang ternakan sebagai manifestasi daripada ketulusan dan keikhlasan hati, mematuhi suruhan dan perintah Allah S.W.T. dan mencontohi keperibadian Nabi Ibrahim A.S. di dalam mengorbankan insan yang paling dicintai, Nabi Ismail A.S.


Pengorbanan adalah suatu perkataan yang amat dekat dan rapat dengan sesuatu perjuangan. Tanpa pergorbanan, tidak ada maknanya perjuangan yang kita lakukan. Dan tanpa perjuangan, tidak mungkin ada sebuah pengorbanan. Kedua-duanya amat penting dan seiring sejalan bilamana kita memperkatakan tentang perjuangan dan pengorbanan...




Semoga Hari Raya Korban 1429H kali ini membawa makna dan erti yang besar di dalam kehidupan kita. Juga di dalam perjuangan Pemangkin untuk mencapai visi dan misi perjuangannya...

Selamat Menyambut Aidiladha 1429H dengan meriah dan penuh kesederhanaan....

Berkorban Apa Saja

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
hmm... hmm... hmm...

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia...

No comments: