Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru 2008

Selamat Hari Guru kepada semua guru walau di mana anda berada. Khususnya kepada warga guru di Kinabatangan dan merupakan ahli kepada Pemangkin. Selamat berjuang kepada semua. Tugas anda amatlah mulia dan terlalu tinggi nilainya...

Teruskan mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yang berguna....

Kepada semua guru yang pernah mengajar dan mendidik saya, mohon maaf dari lubuk hati yang paling dalam ini andaikata saya bukan pelajar yang terbaik pernah kalian lahirkan..Semoga ilmu yang kalian turunkan dapat saya sebarkan dan amalkan untuk menjadi insan yang berguna....

Terima kasih atas segalanya...

Pemangkin ada buat acara ke untuk menyambut Hari Guru 2008 di Kinabatangan???


1 comment:

Anonymous said...

Askm.

Saya juga mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru di kinabatangan terutama kepada guru2 di sk kota kinabatangan dan smk bukit garam. Dan tidak lupa kepada guru2 di smk elopura bestari.

Syuk,

Rasanya, elok kalau dpt sarankan org2 pemangkin supaya buat aktiviti sambutan hari guru ni. kat sini, budak2 sekolah buat sambutan. siap dengan pameran IPT2, ceramah, majlis ramah mesra antar guru dn pelajar dan kalau boleh buat aktiviti berkonsepkan SDG (self development group).

Sekadar cadangan. harap ada komitmen.

Pemangkin boleh.

Roslee.M