Lamanya tak menulis...Tidak ada idea, sibuk memanjang, penat bekerja, malas menulis dan berfikir, dan macam-macam lagi alasan manusia kan...hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...Kalau hendak seribu usaha, kalau tak nak seribu alasan...
Memang nak menulis sangat-sangat, tapi ada saja benda yang menghalangi perjuangan suci itu...Apapun, saya tetap membuat yang terbaik untuk blog Pemangkin ini...Banyak isu yang hendak diutarakan...Cuma masa yang akan menemukan kita dengan tugasan tersebut...Tunggu dan Lihat..Kaedah menyerang, bukan bertahan...
Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada sahabat baik saya, Roslee Mardan yang memberikan komen dan cadangan yang baik lagi relevan dengan keadaan dan situasi di Kinabatangan...Engkau memang hebat, Bro....Aku bangga padamu kerana tulisanmu sentiasa menerangi ruangan pendapat dan rencana di dalam Utusan Malaysia..Aku juga ingin berguru padamu macamana nak jadi penulis yang baik...Harap-harap freelah..hehe..Asyik gawat saja kebelakangan ini..Maklumlah minyak dah terlebih naik...Minyak dah nak abis ini..Sebab itu naik tak ingat dunia...Apaun jangan membazir kerana itu sifat Syaitan...
Dan kepada semua yang memberikan komen atau cadangan, terima kasih atas segalanya...Jasamu tetap dikenang...Perjalanan dan perjuangan kita di dalam Pemangkin masih jauh...Baru setapak kita melangkah..Pemangkin memerlukan kita semua untuk mengerakkan gerakan perjuangan membina Kinabatangan Baru di dalam dimensi orde dunia tanpa sempadan..Bukan cadangan tapi tindakan...Bukan mainan tetapi inilah kenyataan..Kinabatangan perlu bergerak ke daerah atau kota impian yang setaraf dengan kehebatan namanya...Bukan seperti keadaan sekarang ini...Kerana senario hari ini di Kinabatangan tidak jauh bezanya dengan keadaan 10 tahun yang lalu..Ada perubahan tetapi terlalu sedikit untuk dinilai sesuai statusnya sebagai daerah terbesar di Malaysia....
Ini mungkin cuma pada pendapat saya...Tapi kebanyakan rakan-rakan di dalam Pemangkin juga mempunyai pandangan yang sama...Malah, mahasiswa-mahasiswi di Kinabatangan pernah menyuarakan suara hati yang serupa...Tapi apakan daya, Kita tidak dapat berbuat apa-apa..Cuma dengan kelahiran dan kehadiran Pemangkin ini, diharapkan dapat mengubah senario atau keadaan yang disifatkan oleh Prof. Dr. Hamka sebagai "Sejarah Yang Membeku"...Keadaan yang tidak banyak berubah malah kalau dibiarkan berterusan akan menjadi sangat lembap dan membosankan...
Pemangkin mampu melakukannya..Saya optimis dan yakin perjuangan Pemangkin akan berjaya membawa wajah baru kepada Kinabatangan. Wajah yang sentiasa tersenyum pada dunianya...Bukan dalam masa yang terdekat..Memerlukan masa dan pengorbanan yang agung daripada semua ahli-ahli Pemangkin..Ingatlah kota Rom tidak dapat dibina dalam masa sehari...Kita kena bermuafakat selalu dan mengadakan pakatan yang kuat untuk niat murni dan suci ini...Dengan muafakat barulah dapat kita mengecapi kejayaaan yang diangkat dengan tahap keberkatan dari Allah S.W.T...
Biarlah menjadi kenyataan...penuh slogan, kaya kejayaan...Jangan kaya slogan tapi miskin nilai...

1 comment:
Generasi manusia datang silih berganti. Dan setiap generasi yang muncul itu pasti akan mempunyai kendiri yang berbeza-beza. Yang penting setiap generasi yang lahir akan membawa perubahan-perubahan ke arah nilai-nilai kesejagatan yang murni.
Walaupun begitu, nilai-nilai yang murni dan menghala kepada kebaikan tidak akan boleh berdiri dengan sendirinya. Ia memerlukan kesepakatan yang tulen dan jitu. Oleh itu, jika matlamat untuk membawa perubahan oleh setiap generasi, maka kesepakatan harus ada di kalangan pendukung generasi.
Pemangkin perlu ada ciri tersebut sekiranya ingin membawa perubahan kepada seluruh elemen yang ingin diubah. Memang benar, sekiranya ahli pemangkin kaya dengan semangat yang dijelmakan melalui slogan-slogan tanpa mengiringinya dengan nilai iaitu tindakan, maka akan terbataslah aspirasi yang gagal dicapai melalui slogan tersebut.
Masanya akan tiba. Syuk, teruskan usahamu. Allah pasti memberkati usaha dan aku berada di belakangmu.
Hidup Pemangkin!
Roslee Mardan
Post a Comment