Sunday, August 24, 2008

Ada Apa Dengan Kinabatangan



Megah setinggi jasamu,
Kami dididik diasuh,
Jaya SMK Kinabatangan,
Harum sepanjang zaman.

Jujur serta dedikasi,
Menyatu semua bangsa,
Cipta semangat waja, Taatkan agama
Dengan asasnya rukun negara.

Marilah bersama junjung cita-cita,
Demi bangsa dan juga negara..


Demikianlah lagu SMK Bukit Garam..Kalau liriknya silap, tolonglah tegur. Sebab dah lama tak mendendangkan bait-bait lagu tersebut. Terkenang kembali lagu kisah lama, zaman persekolahan yang cukup indah dan sangat manis untuk dikenang kembali. Saya rasa anda semua bersetuju dan menyokong kenyataan saya bahawa zaman persekolahan tidak ada tolok bandingan. Semuanya manis-manis belaka. Ada yang pahit tapi kemanisan dan keindahan terlalu banyak untuk dipentaskan..Salah seorang cikgu saya dulu pernah berkata bahawa 20 tahun zaman bekerja tidak akan sama dengan zaman 2 tahun zaman persekolahan. Saya bersetuju dan menyokong kenyataan beliau. Anda bagaimana pula???


Adakah anda perasan bahawa setiap kali kita berjumpa dengan kawan-kawan lama, cerita-cerita zaman bersekolah saja yang kita sembangkan. Macam-macam ada kan!!! Jarang sekali kita bersembang dan berbicara tentang hal pekerjaaan kita. Memang ada tapi sedikit saja. Kalau dihitung hanya 10 hingga 15% saja kadarnya..Setujukah anda dengan saya???

Berbalik kepada tajuk artikel ini, saya serahkan kepada penilaian anda semua. Masing-masing mempunyai pendapat dan pandangan yang tersendiri. Tapi kalau anda bertanya kepada saya, inilah pandangan dan pengamatan saya.....

  1. Kinabatangan adalah tempat yang cukup indah dan cantik. Bangga denganmu...


























2. Kinabatangan adalah daerah yang terbesar di Sabah dan Malaysia. Pernah menjadi pusat pengeluaran kayu balak utama di Sabah tapi yang peliknya tiada satu pun kilang kayu balak di Kinabatangan..Mengapa yea???

3. Sekarang, Kinabatangan menjadi pusat penanaman dan pengeluaran kelapa sawit yang terbesar di Sabah..Hampir 1/3 kilang kelapa sawit yang ada di Sabah, terdapat di Kinabatangan. Percaya ke anda semua???Harus diingat Sabah adalah negeri pengeluar kelapa sawit terbesar di Malaysia..Apakah maknanya ini?Maknanya, Kinabatangan adalah pengeluar sawit terbesar di Malaysia..

Tapi apa yang ada di Kinabatangan..........

Tepuk dada, tanya apa perjuangan kita seterusnya....

Thursday, July 24, 2008

Ucapan Pengerusi Penaja


MESYUARAT AGUNG KHAS PEMANGKIN

9 Disember 2006, Sabtu

Bilik Mesyuarat Utama,

Majlis Daerah Kinabatangan.

Selamat datang ke Majlis Mesyuarat Agung Khas Persatuan Graduan Kinabatangan atau lebih dikenali sebagai PEMANGKIN bagi tahun 2006. Tujuan mesyuarat agung khas ini diadakan adalah bertujuan untuk membuat pemilihan bagi AJK tertinggi bagi sesi 2007-2009 iaitu selama 3 tahun bagi setiap penggal.

Saya sebagai Pengerusi Penaja Pemangkin, ingin menukilkan beberapa gagasan dan harapan terhadap AJK tertinggi Pemangkin yang bakal dibentuk kelak;

  1. Moga Pemangkin menjadi NGO yang dapat memberikan sumbangan dan khidmat terbaik kepada Kinabatangan. NGO yang hidup berjuang untuk menentukan yang baik dan salah, menegakkan kebenaran, tanpa ada sempadan fahaman, merentasi batasan politik dan kebebasan yang sepenuhnya untuk bergerak dengan cara dan halatuju yang ditetapkan dalam visi dan misi pemangkin itu sendiri.

  1. Pemangkin adalah amanah sebenarnya kepada kita semua. Maka peganglah amanah ini dengan sebaiknya dan kita mohon doa kepada Allah agar membantu kita dalam memimpin Pemangkin ini. Amanah adalah yang paling berat sekali di dunia dan hanya manusia dianugerahkan tugasan tersebut. Itulah antara 6 persoalan kehidupan yang diceritakan oleh tokoh terbilang dan cendiakawan, iaitu Hujjatul Islam atau lebih dikenali sebagai Imam Al-Ghazali r.a.

  1. Program atau aktiviti perlu dibuat dan konsisten serta istiqamah yakni berterusan. Bukan sekejap ada, sekejap tak ada. Ini kerana bayank pertubuhan atau persatuan di Kinabatangan ini yang saya sifatkan sebagai mati atau tunggu masa sahaja untuk mati. Jadi saya tidak ingin melihat Pemangkin jadi seperti itu. Mati tanpa batu nisan!!! Kita perlu mewujudkan aktiviti dan pengisian yang luar biasa yang boleh merubah sejarah membeku di Kinabatangan ini, pada pendapat saya. Jadi kita memerlukan jentera barisan graduan yang berkualiti untuk merubah sejarah membeku ini, kerana hanya graduan atau belia-beliawanis yang mempunyai kesungguhan untuk berjuang sahaja dapat dapat merealisaikan impian murni ini. Saya teringat kata-kata Professor Dr. Hamka, iaitu “Kepemudaan itu gila, dan hanya mereka yang dapat untuk merubah sejarah yang membeku. Sejarah akan membeku dan hanya dapat dipecahkan oleh gerakan kepemudaan melalui revolusi. Setelah itu, barulah proses pemikiran akal akan mengambilalih revolusi tersebut.”

  1. Pemimpin yang bakal dipilih nanti mestilah tidak ada kepentingan peribadi. Mereka hendaklah berjuang dengan ikhlas dengan khidmat yang terbaik untuk mendapat semua pihak di Kinabatangan tercinta ini. Mereka juga sanggup berkorban untuk kemajuan dan kelangsungan Pemangkin seterusnya.

  1. Dan inilah harapan kepada pemimpin-pemimpin Kinabatangan. Saya membawa isu atau persoalan di mana ramai lagi para graduan di Kinabatangan ini yang masih tidak bekerja dan menganggur walaupun mereka memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Mereka punya pengalaman yang banyak dan berguna semasa menuntut di Universiti-Universiti dan Kolej-kolej Swasta. Jadi rugi rasanya jikalau semua apa yang ada pada mereka ini kita tidak gunakan atau eksplotasi dan manfaatkan kepada semua. Jadi, berilah mereka ruang dan peluang untuk mereka membuktikan bahawa graduan-graduan yang dilahirkan oleh Kinabatangan adalah yang terbaik di antara yang terbaik. Saya mengetahui ramai graduan yang mendapat peluang bekerja di tempat lain seperti di luar Kinabatangan dan Semenanjung Malaysia, tetapi mereka menolak kerana masih ingin mencari peluang dan ruang untuk berbakti di Kinabatangan. Mereka berkata, “ Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.” Saya memuji kesabaran dan kesungguhan mereka, juga perjuangan mereka untuk sama-sama membangunkan daerah kita yang tercinta ini…

Seterusnya, saya ingin berkongsi cerita dengan anda semua tentang halangan dan rintangan semasa menubuhkan Pemangkin. Terlalu banyak sebenarnya untuk diceritakan di sini. Dari saat pengumpulan ahli, pembentukan AJK penaja, penolakan pendaftaran sehinggalah penubuhannya dan seterusnya hingga ke saat ini. Masalah kewangan merupakan ibu masalah kepada halangan dan rintangan. Saya ingin memohon jasa baik kepada pemimpin-peminpin Kinabatangan yang hadir pada hari ini, untuk memberikan respons dan tindakan juga bantuan kepada Pemangkin di masa depan.

Tetapi Alhamdulillah, berkat usaha, kerajinan, konsisten dalam komitmen dan istiqamahnya AJK penaja Pemangkin, lahirlah Pemangkin yang saya sifatkan sebagai kelahiran pejuang baru di Kinabatangan ini. Juga boleh digelar sebagai mujahid ataupun pembaharuan kepada Kinabatangan.

Teringat saya kepada satu konsep sosial Islam,” Tidak dianggap bersyukur kepada Allah, orang yang tidak berterima kasih kepada manusia.” Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK penaja Pemangkin , yang setia berjuang bersama-sama dengan saya. Terima kasih atas segalanya. Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada anda semua jikalau ada terkasar bahasa, terlajak kata dan buruk budi bicara sepanjang anda berada di bawah pimpinan saya dan saya yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa-apa juga yang berlaku sepanjang kita bersama-sama menubuhkan Pemangkin ini.

Dan terima kasih kepada semua yang menyokong dan memberikan idea, sumbangan dan kepakaran kepada Pemangkin. Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas jasa baik kalian.

Akhir kata, saya ingin memohon maaf jikalau ada kekurangan atau kecacatan pada majlis yang serba sederhana ini.

Biar merangkak asal dapat,

Jangan berlari tapi putus di tengah jalan.


Penuh cabaran, penuh halangan dan beban perjuangan,

Subur berakar di dasar hati, segar mekar di denyut nadi.


Wahai Pemangkin, tegakkan perjuanganmu,

Tataplah hari esok dan selamanya dengan ceria,

Ingatlah di sebalik kesukaran itu, pasti akan datang kemudahan.


Setiap yang bermula, pasti akan berakhir,

Tidak penting di mana kita bermula, yang penting di mana kita berakhir.


Selamat berjuang Pemangkin......


WASSALAM



SUHIRMAN@MOHD.SUKRI

Pengerusi Penaja,

Pemangkin Sesi 2004-2006.

Terus Berjuang.....


Coretan ini masih lagi di bawah topik "Selamat Berjuang Mahasiswa/i Kinabatangan..." Walaubagaimanapun, saya tidak akan menyentuh secara khusus mengenai Mahasiswa/i kerana saya telah memberi komen sebelum ini. saya tertunggu-tunggu daripada Syuk/Sbal jika ada post yang terbaru. Saya faham, Syuk/Sbal mungkin sibuk dengan tugas hariannya. Oleh itu, saya menumpang blog Pemangkin ini untuk menulis apa yang perlu untuk ditulis. Kalau tak ada yang penting pun, saja seronok-seronok. Seeloknya saya perlu menulis dalam blog sendiri. Tetapi jika saya mencipta blog sendiri dengan harapan ahli lain membacanya atau melayarinya, maka ahli-ahli Pemangkin tentu akan terpecah dan ini adalah sesuatu yang tidak baik terhadap usaha kita menghimpunkan ahli-ahli. Apatah lagi sekiranya ahli-ahli lain juga akan mencipta blog masing-masing bagi menyampaikan pandangan mengenai Pemangkin. Kita akan bercempera. Orang Sabah kata 'bertabur'. Dengan adanya blog Pemangkin ini, cukuplah ia menjadi platform yang tunggal dan jangan ada lagi blog Pemangkin yang lain. Kepada semua rakan-rakan marilah kita berpayung di bawah satu landasan untuk menyampaikn wadah pemikiran kita iaitu melalui blog Pemangkin ini.

Setelah lebih kurang 3 bulan iaitu semenjak saya mengetahui blog ini, nampaknya setakat ini, hanya saya sahaja yang menghantar komen atau post comment. Ini menandakan ramai ahli Pemangkin atau bekas pelajar Kinabatangan yang belum tahu mengenai kehadiran blog ini. Apa pun saya ucap tahniah kepada Saudari Rohai kerana melayari blog ini dengan komen ringkasnya.

Saya rasa sedih kerana Saudara Suhirman atau Sbal telah mengusahakan blog ini dengan baik dan ikhlas. Maka, menjadi kerugian sekiranya blog ini sepi tanpa penghuni. Atas kesedaran ini saya telah menghubungi rakan saya Nordin Ibrahim yang kini bertugas di Sandakan. Tujuan saya menghubunginya adalah untuk mendapatkan nombor contact beberapa rakan-rakan yang telah lama tidak dihubungi. Saya juga memaklumkan kepadanya mengenai blog ini. Al-hamdulillah, hasil daripada itu, saya dapat bercakap dengan saudara Samsul Bahri Mohd. Nasir yang kini di UMS kampus Labuan dan saudara Budianto yang kini di UMS kampus KK. sekurang-kurangnya dapatlah mendengar suara dan khabar berita setelah masing-masing berpecah ketika memasuki Universiti awal 2000 dulu. Ketika saya bercakap dengan saudara Budi (yang budiman itu), dia sedang bergelut dengan selsema. Kasihan dia. Mudah-mudahan dia dapat sembuh dengan cepat. Saudara Samsul pula tengah pening dengan beberapa tugasan Masternya. Apapun, saya ucap tahniah dan syabas kerana rakan-rakan kini sudah di peringkat Master. Selain daripada mendapatkan senarai rakan-rakan, saya juga sedang mendapatkan senarai nama pelajar sabah yang menuntut di UUM. Daripada senarai nama itu, saya boleh identify pelajar-pelajar dari kinabatangan supaya mereka ini dapat dimasukkan dalam persatuan Pemangkin sekaligus mereka akan melaksanakan beberapa aktiviti apabila balik bercuti nanti.

Ingatkan rakan-rakan bahawa semasa di tingkatan enam dahulu, kita sering membaca sejarah mengenai bagaimana sastera yang disampaikan melalui akhbar-akhbar berjaya mencetuskan revolusi pemikiran rakyatnya. Malah kebangkitan nasionalisme di negara kita juga adalah kerana gagasan idea yang tersebar daripada saluran media percetakan awal. Walaupun pada masa itu, orang Melayu sukar berhimpun disebabkan penjajahan, tetapi saluran akhbar menjadi wadah penting untuk mencetuskan idea-idea nasionalis. Akhirnya kita berjaya. Saya samakan blog ini dengan kehebatan akhbar-akhbar di masa penjajahan dulu. Ini bermakna, tiada halangan bagi kita untuk bersatu mengemukakan pandangan walaupun jarak memisahkan kita semua. Jika kita mengeluarkan idea-idea dan pandangan sungguhpun bukan dalam satu korum perbincangan khas, pandangan-pandangan ini akan menyimpulkan satu rangka tindakan untuk menghasilkan apa yang diinginkan. Oleh itu, bagi saya sendiri, setiap ahli Pemangkin perlu proaktif dan memberi nafas kepada blog ini. Samalah seperti kita menghidupkan Pemangkin. Saya sendiri faham bahawa kita dibebani bermacam tugas sama ada tugas rasmi atau tugas-tugas peribadi. Tetapi marilah kita luangkan sedikit masa untuk Pemangkin. Saya juga percaya, mungkin sesetengah alasan akan mengatakan tidak ada komputer atau tiada talian internet. Itu belum menjadi masalah besar. Saya cadangkan rakan-rakan boleh hantar SMS kepada ahli yang ada komputer dan internet. Pandangan atau coretan melalui SMS akan boleh dilaporkan semula oleh penerima SMS tersebut sama ada berbentuk formal atau sekadar berita iringan kepada rakan-rakan yang ingin mengetahui cerita daripada ahli-ahli lain.

Saya dan ahli lain menunggu post terbaru dari Syuk. Kalau boleh sesuatu yang boleh dibahaskan bersama. Jumpa lagi. Askm.


Roslee Mardan

Pegawai Eksekutif
Pusat Penyelidikan NCER
Universiti Utara Malaysia.

July 17, 2008 4:38 PM


Tuesday, June 24, 2008

Selamat Berjuang Mahasiswa/i Kinabatangan...


Kepada semua Mahasiswa/i Kinabatangan, selamat kembali ke Universiti masing-masing..Selamat berjuang kepada anda semua...Anda menjadi harapan dan tonggak kepada keluarga tercinta...Buat yang terbaik...

Manakala bagi Mahasiswa/i yang baru melangkah ke dunia Universiti, selamat datang!!! Jangan takut dan gentar..Anda semua pejuang di medan suci..Tambahlah sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman berharga untuk menjadi bekalan di masa depan...

Dan bagi yang baru lepas menamatkan pengajian, selamat datang ke alam kerjaya...Selamat datang ke dalam perjuangan Pemangkin jugak...Cipta peluang, bukan tunggu peluang...Berani untuk melakukan perubahan..Berkhidmat untuk Kinabatangan...

Selamat maju jaya kepada semua...Ikhlas selamanya....

Wednesday, June 18, 2008

Kaya Slogan, Miskin Nilai......






Lamanya tak menulis...Tidak ada idea, sibuk memanjang, penat bekerja, malas menulis dan berfikir, dan macam-macam lagi alasan manusia kan...hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...Kalau hendak seribu usaha, kalau tak nak seribu alasan...

Memang nak menulis sangat-sangat, tapi ada saja benda yang menghalangi perjuangan suci itu...Apapun, saya tetap membuat yang terbaik untuk blog Pemangkin ini...Banyak isu yang hendak diutarakan...Cuma masa yang akan menemukan kita dengan tugasan tersebut...Tunggu dan Lihat..Kaedah menyerang, bukan bertahan...

Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada sahabat baik saya, Roslee Mardan yang memberikan komen dan cadangan yang baik lagi relevan dengan keadaan dan situasi di Kinabatangan...Engkau memang hebat, Bro....Aku bangga padamu kerana tulisanmu sentiasa menerangi ruangan pendapat dan rencana di dalam Utusan Malaysia..Aku juga ingin berguru padamu macamana nak jadi penulis yang baik...Harap-harap freelah..hehe..Asyik gawat saja kebelakangan ini..Maklumlah minyak dah terlebih naik...Minyak dah nak abis ini..Sebab itu naik tak ingat dunia...Apaun jangan membazir kerana itu sifat Syaitan...

Dan kepada semua yang memberikan komen atau cadangan, terima kasih atas segalanya...Jasamu tetap dikenang...Perjalanan dan perjuangan kita di dalam Pemangkin masih jauh...Baru setapak kita melangkah..Pemangkin memerlukan kita semua untuk mengerakkan gerakan perjuangan membina Kinabatangan Baru di dalam dimensi orde dunia tanpa sempadan..Bukan cadangan tapi tindakan...Bukan mainan tetapi inilah kenyataan..Kinabatangan perlu bergerak ke daerah atau kota impian yang setaraf dengan kehebatan namanya...Bukan seperti keadaan sekarang ini...Kerana senario hari ini di Kinabatangan tidak jauh bezanya dengan keadaan 10 tahun yang lalu..Ada perubahan tetapi terlalu sedikit untuk dinilai sesuai statusnya sebagai daerah terbesar di Malaysia....

Ini mungkin cuma pada pendapat saya...Tapi kebanyakan rakan-rakan di dalam Pemangkin juga mempunyai pandangan yang sama...Malah, mahasiswa-mahasiswi di Kinabatangan pernah menyuarakan suara hati yang serupa...Tapi apakan daya, Kita tidak dapat berbuat apa-apa..Cuma dengan kelahiran dan kehadiran Pemangkin ini, diharapkan dapat mengubah senario atau keadaan yang disifatkan oleh Prof. Dr. Hamka sebagai "Sejarah Yang Membeku"...Keadaan yang tidak banyak berubah malah kalau dibiarkan berterusan akan menjadi sangat lembap dan membosankan...

Pemangkin mampu melakukannya..Saya optimis dan yakin perjuangan Pemangkin akan berjaya membawa wajah baru kepada Kinabatangan. Wajah yang sentiasa tersenyum pada dunianya...Bukan dalam masa yang terdekat..Memerlukan masa dan pengorbanan yang agung daripada semua ahli-ahli Pemangkin..Ingatlah kota Rom tidak dapat dibina dalam masa sehari...Kita kena bermuafakat selalu dan mengadakan pakatan yang kuat untuk niat murni dan suci ini...Dengan muafakat barulah dapat kita mengecapi kejayaaan yang diangkat dengan tahap keberkatan dari Allah S.W.T...

Biarlah menjadi kenyataan...penuh slogan, kaya kejayaan...Jangan kaya slogan tapi miskin nilai...

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru 2008

Selamat Hari Guru kepada semua guru walau di mana anda berada. Khususnya kepada warga guru di Kinabatangan dan merupakan ahli kepada Pemangkin. Selamat berjuang kepada semua. Tugas anda amatlah mulia dan terlalu tinggi nilainya...

Teruskan mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yang berguna....

Kepada semua guru yang pernah mengajar dan mendidik saya, mohon maaf dari lubuk hati yang paling dalam ini andaikata saya bukan pelajar yang terbaik pernah kalian lahirkan..Semoga ilmu yang kalian turunkan dapat saya sebarkan dan amalkan untuk menjadi insan yang berguna....

Terima kasih atas segalanya...

Pemangkin ada buat acara ke untuk menyambut Hari Guru 2008 di Kinabatangan???


Monday, May 12, 2008

Pemangkin, Selamat Hari Lahir Bulan ke-43

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera kepada semua...

Segala puji hanya bagi Allah S.W.T. Segunung kesyukuran saya kembalikan kepada-Nya, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, dapatlah blog Pemangkin ini dihasilkan pada hari lahir bulan ke-43 penubuhannya. Untuk pengetahuan semua, Pemangkin didaftarkan pada 12 Oktober 2004 (Selasa) bersamaan dengan 28 Syabaan 1425H.

Dan jika dihitung melalui tahun pula, maka Pemangkin sudahpun berusia 3 tahun 7 bulan pada hari ini. Kira hari ini dalam sejarah jugak lah..Hehe...Kalau manusia, kira Pemangkin ini sudah semakin membesar dengan mengenali keadaan sekelilingnya dengan semangat ingin tahu yang tinggi sekali. Bermain dengan jujur, tidak mengenal erti putus asa, tabah menghadapi apa jua pun yang menghalanginya dari mencapai apa yang diingini....Mudah menangis apabila permintaan tidak dapat dipenuhi.Biasalah budak-budak lah katakan...

Tetapi, Pemangkin seharusnya lebih dari semua itu. Kerana Pemangkin adalah cermin kepada gambaran masa depan Kinabatangan. Dari Pemangkin ini, kita akan dapat melihat bagaimana golongan bijak pandai, cendekiawan dan pemikir genius dari seluruh Kinabatangan dapat berkumpul bersama-sama untuk menjayakan hasrat dan cita-cita murni yang terkandung di dalam visi dan misi roh kehidupan di alam bernama Pemangkin...Berjuang untuk agama, bangsa, daerah, negeri dan negara seluruhnya...

Harapan hanya satu....Berjuang untuk kebangkitan Kinabatangan baru......
Hidup Pemangkin!!!!!!!!

Selamat datang ke blog Persatuan Graduan Kinabatangan @ Pemangkin

Sebarang pendapat dan komen sangat-sangatlah dialu-alukan dan diucapkan jutaan terima kasih kepada semua....

Selamat berjuang, Pemangkin!!!!!

Dan, Selamat hari lahir untukmu, srikandi Kinabatangan.....Pemangkin